Saturday, August 18, 2012

Perperangan bermula

Hari ni adalah hari terakhir aku berbuka dalam bulan ramadhan,
yup tanpa tidak di sedar bulan remdhan telah pergi meninggalkan kita untuk tahun nih,
dan ada a bit of kesal  sebab tak dapat gi terawikh full untuk bulan nih,,, isk3 :"(

Tadi, selepas aku berbuka ngn tok ma (my grandmother),
sedang asyik berbual dengan beliau,
tetiba beliau terbersin... "hachooooooo!!" katanya,
dan tanpa berlengah2 lagi,
dia segera berpesan bahawa " jangka hidup kita kat atas dunia nih jika di bandingkan dengan
hidup di akhirat kelak, tidak lebih hanyalah bagaikan sepanjang kita bersin"
"maknanya hidup ini amat singkat jika di bandingkan ngn akhirat jap lagi"
ungkap beliau dengan mengunakan dialek kelantan yang pekat... 

aku segera munundukkan kepala tanda seakan memahami butiran katanya yang penuh
tersirat bagaikan jarum di dalam selimut...

sedang aku seronok berbicara dengan beliau,
secara tiba2, terdengar "BooooM!!"
sebutir mercun telah mengegarkan suasana malam yang sunyi ini...

maka itulah suatu petanda bahawa perperangan sudah bermula,
aku segera mencapai mercun2 peninggalan nenek moyangku yang tersimpan lama
di dalam beg untuk membalas kekejaman yang telah mereka lakukan...

suasana yang begitu ganas di luar rumah tidak boleh dibiarkan saja,
inilah waktu untuk berperang!!!

sedang aku asyik membelek mercun yang mampu mengkudungkan tangan,membutakan mata dan
mengegarkan dunia...
tiba2 suatu lembaga yang tidak dikenali datang menerpa dari arah belakang,
dan rakus memegang bahuku seperti tiada hari esok...

lantas lembaga itu bersuara " jop pi masjid solat Isyak dan Tasbih jap"...
OMG!!! its my father...

dia seakan2 cuba untuk menghalang aku dari bermain mercun,
dengan wajah yang bengis aku melihatnya lantas berkata...
"jop! dah nak azan nih, dengar citer masjid tuh ade ceramah lepas solat sunat tasbih"...

nampaknya aku x berjaya berperang dengan budak2 kampung... :"(, 
tetapi cuma mampu berperang melawan hawa napsu yang ingin bermain mercun... :")

ini berlaku kerana Nabi SAW bersabda :"Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya"HR tirmizi(no:1621)

One jihad after Ramadhan! Oh Yeahhhhh!!


No comments:

Post a Comment