Saturday, August 18, 2012

Perperangan bermula

Hari ni adalah hari terakhir aku berbuka dalam bulan ramadhan,
yup tanpa tidak di sedar bulan remdhan telah pergi meninggalkan kita untuk tahun nih,
dan ada a bit of kesal  sebab tak dapat gi terawikh full untuk bulan nih,,, isk3 :"(

Tadi, selepas aku berbuka ngn tok ma (my grandmother),
sedang asyik berbual dengan beliau,
tetiba beliau terbersin... "hachooooooo!!" katanya,
dan tanpa berlengah2 lagi,
dia segera berpesan bahawa " jangka hidup kita kat atas dunia nih jika di bandingkan dengan
hidup di akhirat kelak, tidak lebih hanyalah bagaikan sepanjang kita bersin"
"maknanya hidup ini amat singkat jika di bandingkan ngn akhirat jap lagi"
ungkap beliau dengan mengunakan dialek kelantan yang pekat... 

aku segera munundukkan kepala tanda seakan memahami butiran katanya yang penuh
tersirat bagaikan jarum di dalam selimut...

sedang aku seronok berbicara dengan beliau,
secara tiba2, terdengar "BooooM!!"
sebutir mercun telah mengegarkan suasana malam yang sunyi ini...

maka itulah suatu petanda bahawa perperangan sudah bermula,
aku segera mencapai mercun2 peninggalan nenek moyangku yang tersimpan lama
di dalam beg untuk membalas kekejaman yang telah mereka lakukan...

suasana yang begitu ganas di luar rumah tidak boleh dibiarkan saja,
inilah waktu untuk berperang!!!

sedang aku asyik membelek mercun yang mampu mengkudungkan tangan,membutakan mata dan
mengegarkan dunia...
tiba2 suatu lembaga yang tidak dikenali datang menerpa dari arah belakang,
dan rakus memegang bahuku seperti tiada hari esok...

lantas lembaga itu bersuara " jop pi masjid solat Isyak dan Tasbih jap"...
OMG!!! its my father...

dia seakan2 cuba untuk menghalang aku dari bermain mercun,
dengan wajah yang bengis aku melihatnya lantas berkata...
"jop! dah nak azan nih, dengar citer masjid tuh ade ceramah lepas solat sunat tasbih"...

nampaknya aku x berjaya berperang dengan budak2 kampung... :"(, 
tetapi cuma mampu berperang melawan hawa napsu yang ingin bermain mercun... :")

ini berlaku kerana Nabi SAW bersabda :"Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya"HR tirmizi(no:1621)

One jihad after Ramadhan! Oh Yeahhhhh!!


Saturday, August 4, 2012

wowowo, inilah dinamakan sempurna!

Pada suatu hari yang ceria,
sedang aku tengah lepak kat cafe,
secara mengejut ada seorang gadis datang menerpa dari arah belakang
dengan cara yang amat mengejutkan,
dan memang benar,
aku terkejut... :"(

gadis : weh irfan, buat ape kat cafe bulan pose nih? x pose?

aku : lols, puasa la... tgh tunggu member aku jap...

gadis : weh pan, aku ingat bulan pose nih aku nak berubah jadi lebih muslimah la... ade beberapa tips x?

aku : haha, ko ingat aku ni ustaz? ok ini benar2 lol's dan lucu....

gadis : aku serius nih... ko jangan la gelakkan aku... tak nmpak nih haaa, aku dah pakai tudung ni haaa... cantik kan, cantik kan ^^...

aku : lols, boleh laa... tapi kan, tuh nampak lengan tuh ape cer?... aurat tuh bhai..haha

gadis : eleh, sekurang2nya aku dh pakai tudung weyy....

aku : yup, untuk itu, Alhamdullillah... tapi untuk pakaian... kita kene la pakai pakaian yang sempurna weh... haha, lols...

gadis : ha! cemne pakaian yang sempurna tuh? kne lengan panjang la an an an, pastu tutup aurat an? itu aku tau la...haha

aku : hurm's... nak tau pakaian tu sempurna ke tak, cemnih... pakaian yang sempurna adalah pakaian yang di pakai tuh boleh bawak g sembahyang.... maknanya pakaian tu cukup sifat untuk pergi sembahyang...

gadis : hurmmm... ko cam perli aku je...

aku :  lol's... nope... japg gi bazar?

gadis : pegi! jop g sama2...

aku :  hurms, aku dh janji nak g ngn mmber aku la...

gadis :  ah sombong as usual, kbye ahhhhh....

inilah dinamakan sempurna