Tuesday, September 25, 2012

New project

Seperti hari2 biasa,
aku dan kamal(bukan nama sebenar) ber"teh ais",
tetiba tanpa di duga,

"bang, sedekah untuk anak yatim bang...."

aku dan kamal segera memandang ke arah suara tersebut dengan wajah yang sinis,
lantas menghulurkan wang sebanyak RM5,
setelah peminta derma itu pergi,
kamal berkata,

Kamal : "pan, Cornflakesmusik.com aku dah settelkan bayarannya... jap g buat cooding sat"
Aku    :  "hahaha, lols...yoyo je"

kamal segera menunjukkan wajah yang tidak serius,
(sekiranya kamal menunjukkan wajah yang tidak serius, itu bermakna ini adalah sesuatu yang serius)

Aku    : "oh mai god! this is nice, boleh buat ni sebagai portfolio ko..."
kamal : "haha, yup... DOT.Blogspot is too mainstream..lols"
Aku    : " wow! kalo cemtuh jop kita buat dakwah secara online lak"
kamal  :"nope, iluvislam.com dah buat cemtuh... pan, plis regenerate idea baru... "
Aku    :"Hamboih... cemne kalau kita buat membeli belah untuk akhirat, maknanya kita buat sekarang boleh bersedekah secara online, tolong anak yatim secara online... sebab ramai suka shooping online..."
kamal : "wow! ini adalah genius!! pan, idea ko tak pernah mengecewakan, cuma sikap ko yang selalu mengecewakan malahan membimbangkan sesetengah pihak...hahaha" 


dan sekarang Kamal(bukan nama sebenar) sedang menyiapkan server dan cooding untuk laman web tersebut...

kalau nak tengok sekarang boleh tengok kat laman web kamal,



akhiratonlineshop.ahmadkamal.net
PROMOSI:
jikalau korang nak buat webpage sendiri 
kamal boleh tolong buatkan



p/s :  bila dah siap laman web ni, mohon korang sokong kami, dan kemungkinan kami akan cari crew members.. bersiaplah para pejuang :8) 



Tuesday, September 18, 2012

Shhhh... ini rahsia!

Sebelum korang baca apa yang aku tulis ni, aku nak bagi tau yang bahawasanya ini adalah rahsia.
Sekali lagi di tegaskan bahawasanya ini adalah rahsia

           Sebelum kisah ini di mulakan, aku harus menceritakan apa yang berlaku beberapa minggu lepas:

Acap : weh pan, result sem lepas ko cemne?
Aku  : hurm's, cemtulh la... tah la, pointer aku seperti di sihir lately...lol
Acap : Ah! ang dekan la tuh...
Aku  : ha! tu la maksud aku, ko kenal aku kan... masa final sem lepas,
           kita mana study... ada tiga subjek aku hampir kena bar...
           teknik belajar aku ni tak menunjukkan seorang yang dekan
           langsung, pasti ada sihir-sihir kuno yang berlaku di sini... haha
Acap  : Dah dekan patunya ko bersyukur laa... ini rezeki yang perlu
           disyukuri...

Aku amat terkejut dengan ucapan Acap, selama ini 'Egois' dan 'Takabur' adalah nama tengahnya. kini beliau cuba menasihati aku. Namun Ustaz Azhar ada cakap "nasihat yang baik perlu terus di terima tanpa memandang latar belakang siapa yang menasihati"...

Aku   : Alhamdulillah... aku bersyukur tapi cam magic owhhh...
Acap : entah-entah  masa aku tidur ko study sambil mempraktiskan rasengan...
Aku   : hahaha... ok itu lol..

------------------------------------------------------------------------

Namun selepas menjalankan beberapa kajian , aku dah tau resource of this magical event. Sebenarnya ini semua berlaku kerana DO'A. Kepada yang membaca sila jangan sesekali meragukan kekuatan doa.

Aku dah mengalami banyak perkara yang menakjubkan dengan doa.Secara ringkasnya boleh dikatakan aku ini dah beberapa kali hampir eksident masa naik kereta mahupun motor, namun disebabkan oleh doa naik kenderaan yang di ajar oleh Rasulullah SAW, keajiban berlaku, tah macam mana aku dapat kawal kenderaan yang aku bawa.

sila hubungi si arnab ini sekiranya ingin
 tau lebih lanjut tentang  kemalangan
 yang  penuh dengan keajiban  ini

Jadi nak di ceritakan di sini, result yang aku dapat ni disebabkan doa. Tapi bukan doa aku... Ianya adalah doa seorang ibu. Setiap kali ada test, quiz, assignment, presentation dan terutamanya masa final aku akan bagi tau kat mak aku dan selalunya dia akan cakap "Insha'Allah ma akan doakan kalau sempat ma akan buat solat hajat"... aku terus cakap "Thanx gang!!"...

"Beruntunglah seorang manusia itu sekiranya ibunya masih hidup kerana dia masih mendapat keberkatan doa seorang ibu"

Shhhh! ini adalah rahsia kita-kita tau... tapi yang special pasal rahsia ini, korang boleh bagi tau kat orang lain tentang keberkatan doa ibu ni.







Wednesday, September 5, 2012

Dunia Yang Terlupa


Melihat kekejaman Israel,
Melihat kekejaman  Bashar Al-Assad,
Melihat kerosakkan akhlak,
Melihat hujan-hujan fitnah,
Benar-benar memberi kesan yang mendalam,

mungkin air mata menitis,
mungkin lidah kelu,
namun tidak lebih dari sedetik masa,

Dan mula kembali dunia yang terlupa.

kemudian memikirkan segala urusan dunia,
'kerja''duit''kejayaan''jodoh'
mengejarnya hingga diri kau merasa lelah
bahkan merasa inilah beban yang membebani bahumu setiap detik
apakah kau atau dunia yang terlupa?
bahawa Tak Ada Yang Abadi di sini

seperti alunan detak jantungku,
tak bertahan melawan waktu,
dan semua keindahan yang memudar,
atau cinta yang telah hilang,

Tak Ada Yang Abadi
Tak Ada Yang Abadi
Tak Ada Yang Abadi
Melainkan Allah

Kemudian kau berkata:
'ini adalah lumrah DUNIA pada zaman ini'

MAKA;-
kau adalah hati yang tertindas,
kau lah langkah yang berhenti berjalan,
kau adalah mimpi yang tak terwujudkan,
selalu ada nada yang hilang.

'Dunia'hanya mampu bicara,
mereka tak beri jawapan

tak perlu dengar kata mereka,
teruslah berjalan melawan dunia

"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia itu dalam kerugian ,
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar" 

Cukup sudah bermimpi
Benamkanlah duniamu,
Hidupkanlah akhirmu,

'Akhir'
Ini semua akan nyata