Saturday, November 17, 2012

yup, we got a misguide population.


Tahun baru hijrah kali ini bermula dengan pelbagai peristiwa yang menggugah hati kita. 

Peristiwa yang mungkin sudah tersebar luas di seluruh dunia saat ini sudah pastilah peristiwa pembunuhan Ahmad Al-Jabari yang merupakan ketua kepada Briged Al-Qassam, sayap kanan kepada HAMAS. Pembunuhan itu tidak berhenti sekadar itu saja, bahkan beberapa siri serangan terus dilakukan oleh Israel terhadap Gaza.

Saya pasti, perasaan muslim manakah yang tidak tergugah saat mendengar berita sebegini? Sudahlah diserang secara tiba-tiba, kemudian bila diserang balas semula, dikatakan sebagai pengganas pula.

Itu di Gaza sana. Di Syria pula, kekejaman pemerintahnya terhadap rakyatnya sendiri masih belum berhenti sehingga bertebaranlah pelarian-pelarian Syria di serata negara-negara jirannya.

Dan kat facebook aku tgk semua duk suruh doakan agar Allah SWT menghapuskan Yahudi itu.



Dan pada pendapat aku, itu bukanlah doa yang sesuai untuk menghadapi situasi ini,

Sebagai orang muslim, aku nak korang faham jikalau Allah SWT nak hapuskan rejim zionis ni, ianya bukanlah sesuatu yang sukar kerana Dia adalah tuhan yang maha kuasa yang mampu menghancurkan dalam sekelip mata.


"Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang menimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah menghendakki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya) tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan ugamanya), maka Allah tidak sekali-kali akan mensia-siakan amal-amal mereka." (surah muhammad,Ayat 4)



Tetapi, Allah SWT memberi peluang kepada penduduk palestin untuk berjuang demi agama Islam, kerana seorang muslim yang sejati pasti cintakan jihad. seperti mana yang di sebut di dalam surah Muhammad ayat 20.

"Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam), orang-orang yang beriman berkata: "Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang)?" Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka." (Surah Muhammad, Ayat 20)

Bahkan di katakan seorang muslim yang kufur pasti gerun untuk menghadapi mati. 

Dan kita di Malaysia, masing2 kat facebook duk suruh doakan agar rejim zionis itu di hancurkan. Jangan risau, sebab Allah SWT menjanjikan kemenangan kepada mereka yang berjihad di jalan Allah.

Kita seharusnya mendoakan agar Allah SWT meneguhkan iman2 mereka yang berjuang di sana.

Janganlah kita menyangka bahawa mereka di timpa musibah yang berat dari rejim zionis ini. kerana kalau kita fikir betul2, mereka sebenarnya diuji dengan sedikit ujian dalam bentuk peperangan tetapi mendapat rahmat yang amat besar, iaitu rahmat untuk berjihad.

sedangkan kita di Malaysia, kita di uji dengan ujian yang lebih berat dari mereka, iaitu kesenangan.


wahai sahabatku, saudaraku, ingatlah kesenanganmu/ketenanganmu akan tiba apabila kamu menjejakkan kaki di syurga Allah SWT.


nasihat dari saudaramu;
Al-Quran itu bukanlah untuk dikekalkan di dalam bentuk tulisan, tetapi untuk dikekalkan di dalam hati, lantas berapa ramaikah yang mempunyai Al-Quran yang 'sebenar'?

kerana tanda besar kiamat adalah apabila Al-Quran itu di angkat oleh Allah SWT.


2 comments: