Sekali lagi di tegaskan bahawasanya ini adalah rahsia
Sebelum kisah ini di mulakan, aku harus menceritakan apa yang berlaku beberapa minggu lepas:
Acap : weh pan, result sem lepas ko cemne?
Aku : hurm's, cemtulh la... tah la, pointer aku seperti di sihir lately...lol
Acap : Ah! ang dekan la tuh...
Aku : ha! tu la maksud aku, ko kenal aku kan... masa final sem lepas,
kita mana study... ada tiga subjek aku hampir kena bar...
teknik belajar aku ni tak menunjukkan seorang yang dekan
langsung, pasti ada sihir-sihir kuno yang berlaku di sini... haha
Acap : Dah dekan patunya ko bersyukur laa... ini rezeki yang perlu
disyukuri...
Aku amat terkejut dengan ucapan Acap, selama ini 'Egois' dan 'Takabur' adalah nama tengahnya. kini beliau cuba menasihati aku. Namun Ustaz Azhar ada cakap "nasihat yang baik perlu terus di terima tanpa memandang latar belakang siapa yang menasihati"...
Aku : Alhamdulillah... aku bersyukur tapi cam magic owhhh...
Acap : entah-entah masa aku tidur ko study sambil mempraktiskan rasengan...
Aku : hahaha... ok itu lol..
------------------------------------------------------------------------
Namun selepas menjalankan beberapa kajian , aku dah tau resource of this magical event. Sebenarnya ini semua berlaku kerana DO'A. Kepada yang membaca sila jangan sesekali meragukan kekuatan doa.
Aku dah mengalami banyak perkara yang menakjubkan dengan doa.Secara ringkasnya boleh dikatakan aku ini dah beberapa kali hampir eksident masa naik kereta mahupun motor, namun disebabkan oleh doa naik kenderaan yang di ajar oleh Rasulullah SAW, keajiban berlaku, tah macam mana aku dapat kawal kenderaan yang aku bawa.
sila hubungi si arnab ini sekiranya ingin tau lebih lanjut tentang kemalangan yang penuh dengan keajiban ini |
Jadi nak di ceritakan di sini, result yang aku dapat ni disebabkan doa. Tapi bukan doa aku... Ianya adalah doa seorang ibu. Setiap kali ada test, quiz, assignment, presentation dan terutamanya masa final aku akan bagi tau kat mak aku dan selalunya dia akan cakap "Insha'Allah ma akan doakan kalau sempat ma akan buat solat hajat"... aku terus cakap "Thanx gang!!"...
"Beruntunglah seorang manusia itu sekiranya ibunya masih hidup kerana dia masih mendapat keberkatan doa seorang ibu"
Shhhh! ini adalah rahsia kita-kita tau... tapi yang special pasal rahsia ini, korang boleh bagi tau kat orang lain tentang keberkatan doa ibu ni.
No comments:
Post a Comment