Wednesday, February 27, 2013

Satu Hati



apa yang berlaku pada aku baru2 ni,
benar2 membuatkan aku terasa sayu apabila terdengar
sesiapa sahaja yang menyebut nama nabi kita bersertakan dengan selawat.

ianya bermula dengan tidur,
pada suatu malam,
ketika sedang aku tidur,

aku telah bermimpi dengan mimpi yang indah,
mimpi itu x dapat di ungkap dengan kata2,
sehingga paginya pabila aku bangun,
air mata penuh membasahi pipi.

dalam mimpiku itu,
aku di bawa berjalan2,
dan perkataan pertama yang aku dengar sebelum di bawa berjalan adalah...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ


ketika itu,
aku tidak berasa sayu dengan selawat itu,
tidak sepertimana sekarang setelah sedar.

kemudian aku dibawa berjalan ke suatu tempat,
yang sungguh indah,

di dalam masa tersebut,
aku berdialog dengan suara,
cuma suara,
tiada wajah,
tiada susuk tubuh,
dan suara tersebut berdialog dengan aku dalam bahasa arab.

walaupun aku tak mahir dalam bahasa arab,
tetapi kata2nya cukup aku fahami,
seolah2 aku adalah orang arab.

aku x dapat nak cerita semua yang terjadi,
kat sini aku cuma ingin beritahu antara apa yang suara tersebut nasihatkan,

" berjuanglah kamu dalam apa sekalipun,
walaupun perjuanganmu sebesar zarah,
dan berjuanglah kamu melawan hawa nafsu duniawi,
dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar"