Monday, July 16, 2012

yup ini nice

         Kisah ni berlaku pada jumaat yang lepas, yup, sepertimana hari2 jumaat yang biasa, aku pasti ke Mesjid Ubudiah seksyen 19 shah alam untuk menunaikan solat jumaat sepertimana yang diseru.


        Namun last couple week, sumtin' nice.... eh! nope , something great happens... begini kisahnya, aku biasa g solat ngn Kamal(bukan nama sebenar) , kemudian selepas solat masa nak kuar Mesjid tu, Kamal mendapati Selipar berjenama Aditasnya telah hilang di copek oleh pencopek... maka dengan itu perang selipar telah pun di ishtiharkan, maka aku cuba usha line carik selipar yang lagi cun dan bergaya untuk si Kamal nih, Aha! aku dah nampak satu selipar nike yang seakan original lagi mahal..


 Aku :"mal, tu selipar tu cam boleh di jadikan pelapik kaki untuk pulang dan berfutsal...amacam?"


Kamal : "Fan, jikalau aku ambil selipar nih, maka apa beza aku dengan orang yang curi selipar aku tu?"


aku tergamam sejenak bagi mengenalpasti, adakah ini kamal yang aku kenal,


Aku : "Aha! sudah pasti xde beza mal, dosa ko akan sebijik cam pencuri selipar tu, dan aku dpat dosa menghasut pulak, hurm mal... abes tu cemne? jop kita cari pencuri ni"


Kamal : " nak watpe cari dia?"


Aku : "lol's, ape lagi ajak g minum teh tarik la" 


Kamal : "lol's jop, kalo aku jumpa dia, aku nak bgtau kat dia yang aku dah halalkan selipar aku untuk dia, dan sekarang pun aku dah halalkannya, sebab aku tau, andai kata aku x menghalalkannya, nnti kat padang mahsyar dia kena cari aku untuk halalkannya..."


Aku benar2 terkesan dengan ucapanya itu , lantas meng-offer selipar aku untuk dia, hei, untuk dia, hei!


Aku : "nah Mal, selipar aku... selipar aku ni la yang aku pakai masa mula2 belajar rasengan"


Kamal : "rasengan? lol's, nice... but nope!"


Aku : "Mal, Nabi Muhammad SAW, x pernah tolak hadiah cuma duit sahaja yang baginda tolak... nah amek selipar nih sambil mengamalkan sunnah sekali"


Mal : "haha, ok tapi anggap ni pinjam je, nnti petang sikit aku pulangkan"


Aku : "hurm, ni hadiah mal, ingat mal, nabi x pernah tolak hadiah"


Mal : "baiklah... :"( "



      Daripada apa yang berlaku pada petang tadi, aku rasa yup ini nice, Kamal (bukan nama sebenar) bukan sahaja x curi selipar lain kat masjid, namun dia jua telah menghalalkan seliparnya yang dicuri kepada sang pencopek... yup ini nice!