Wednesday, May 30, 2012

Makk OOiii!! Capsule Dragon Ball

Fuyoh...!!
korang mesti ingat macam mana abang goku, Fliza pergi ke planet2 yang lain an an an??

Ni lah yang dalam cerita Dragon Ball..
TAPI!!!

baru-baru ni.... hurm.. tak de la baru sangat,
Sebuah syarikat di Negara jepun telah mencipta sebuah capsule yang macam dalam cerita Dragon Ball tu..

Cayalah jepun!!

Shoji Tanaka

tapi kegunaan capsule ni adalah sebagai tempat berlindung sekiranya berlaku Tsunami, dan gempa bumi...
president Syarikat itu cakap " ini barang manyak baguih, ia boleh sumbat EMPAT olang dewasa dan sudah di uji ketahananya pun ter ber..."

ianya juga ada lubang untuk peng-udara-an... "kalau tengah sumbat dalam tuh, tetiba ter-crix cemne?"
syarikat itu jugak cakap " awal bulan ini kami sudah untung manyakkk... sudah ada oder 600 biji pun ter ber..."


tetapi!!!
hei hei hei, manusia adakah kamu cintakan dunia hingga jadi sebegini??
apakah telah ada wahan di dalam hati kamu??

Salah satu dari petanda Kiamat :


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-­orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". 
Maka salah seorang sahabat bertanya  "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.


Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" 


Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".