Thursday, March 24, 2011

Jalan seksyen 21 berhantu ketika masuknya pukul 2.10am!!



          Ini adalah perkara terbijak dan genius yang pernah aku lakukan!! . Dan mungkin sebahagian besarnya sudah tentu akan menganggap ini adalah suatu perbuatan yang 'bodo'. Mana taknya pergi mencari hantu pada tengah malam!!. Akhirnya , selepas suatu perbincangan yang bergaya, kami merancang untuk melewati segala bentuk penghatuan yang semakin berleluasa di kaca mulut penduduk shah alam dan student2 ipta dan ipts!!

          Pertama sekali kami pergi ke rumah hantu seksyen 12, kalau time siang memang tak seram. Dan aku rasa ini adalah tempat yang sesuai untuk Photoshoot! serious dow! tempat ni smart dow!.Tapi korang jangan la datang ketika malam.

        Tapi malangnya kami pergi ketika pukul 11.00pm, maka bibit-bibit keseraman itu mula terasa dan bulu roma serta bulu ketiak terus naik tanpa ada sedikit pun keraguaan.
Ini bahagian depan rumah hantu seksyen 12

        PERGH! cuba korang lihat tuh! seram dow!. Nasib baik semua yang ikut pergi rumah ni semuanya berani-berani belaka. Dan Raziman (bukan nama sebenar) cakap "alahh.. bese je umah nih, hantu kat mana2 pon ade,cumer kite x nampak je",dan Kamal (bukan nama sebenar) cakap " tepat sekali razimon, kalau kita berani 'benda' ni takut nak kacau kita" ....

        Dengan berbekalkan keberanian yang tinggi, kitaorang decide untuk tidak masuk ke rumah ini kerana berpendapat "Kalau tuan rumah tak jemput, jangan pandai2 masuk,kang dia call polis kang mengelabah pulak". Dan para pembaca tolong janggan beranggapan bahawa kami ini penakut pliss.


Janganlah terlalu banyak prasangka kerana "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain..." Al-Hujrat:12 

         Maka, aku dan  rakan-rakan cuma mengambil gambar dari luar sahaja.....
Ni dari side angle pulak, compare la dengan gambar
 ketika siang,seram la pulak !
Ini di ambil dari blog mane tah, kat pintu pagar depan,
Cam photoshop je antu tuh, Ala2 kak limah pun ade!

         Dan selepas bergambar di rumah hantu seksyen 12 selesai, kami dengan tangkas beralih selera ke rumah hantu SEKSYEN 2 pula. Ya!! rumah hantu seksyen 2,Shah Alam, begitu famous di blog-blog rakyat tempatan seluruh Malaysia. Pelbagai kisah misteri telah di tulis dan pelbagai jenis cerita telah pun di dengari. Seperti yang di tulis di dalam kebanyakkan blog, kami pergi ke kawasan perumahan seksyen 2 bertentanggan dengan Wet World..

Rumah hantu seksyen 2, seperti yang di pertontonkan di blog2 tempatan.

        Selepas melihat rumah hantu ini yang serupa seperti di dalam blog-blog tempatan yang pernah kami baca, maka bertambah berani la kami untuk masuk dan lihat keadaan dalam rumah ini, maklum lah, bolg2 tu cakap ada hendphone 3310 bhai! vintage tuh!!

       Tapi belum sempat melangkah lagi, kamal berkata " weh!, Try call Syanid (bukan nama sebenar) ,tanya pasal rumah ni. dia kan dah duduk lama kat sini, mesti dia tau pasal rumah antu nih...", dan aku segera call beliau.

     Dan syanid cakap "Haha! korang xde keje ke? rumah antu tu da lame roboh, ko punyer citer ni time kite darjah 6 la wey.... " . Dengan penjelasan Syanid tadi, maka perasaan seram tadi telah berubah kepada perasaan kesal.......Abes minyak kereta aku!!!

          Di sebabkan perasaan kesal yang membuak-buak, maka saat inilah kami membuat tindakkan bodoh dengan mencuba nasib dengan kawasan perkuburan SEKSYEN 21!!

Di sinilah tempat yang abadi bagi semua manusia

            Apabila sampai di satu-satunya jalan masuk ke kawasan perkuburan itu, semua cemas dan gundah -gulana. Namun misi ini harus diteruskan...Apabila sampai di simpang pertama semua senyap kerana ketakutan, dan diakui pada kali ini kami tidak lagi berani seperti  sebelumnya.

          Meter kereta cuma 20Km/h, kami berjalan dengan perlahan sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Pada mulanya kami membuka tingkap kereta, namun, selepas angin dingin yang terlampau kami segera menutup tingkap kereta dengan mengelabah.

        Keadaan di kawasan perkuburan cina benar2 gelap, tidak seperti di kawasan perkuburan islam yang diterangi lampu jalan. Dengan keadaan yang gelap itu dan kereta yang perlahan tiba-tiba mata kamal ternampak sesuatu di hadapan, kelihatan seperti suatu lembaga yang agak tinggi  dan bentuknya seperti piramiad...







Inilah entiti yang berjaya kami rakam di SEKSYEN21 pada pukul 2.10am

         Selepas melihat keadaan yang aneh itu, kami segera ke Khulafa seksyen 20 untuk minum teh tarik sambil membincangkan fenomena hantu di Shah Alam.


“Katakanlah tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui hal-hal yang ghaib kecuali Allah.” (An Naml : 65).